nak kongsi sikit

dah lama rasanya x update blog ni..sejak akhir2 ni bz sikitla wat research tentang baby,pantang dan bersalin.rasanya xsalah kalau dikongsi bersamakan..aritu adalah masuk 2,3 blog keibubapaan ni.... cewaah...so, dari situ terbaca satu maklumat yang agak menarik. iaitu tips untuk suami isteri.xingatlah amik dari maner sebab dah lama kan..biler terbaca balik tu yang teringat nak post.
oklah kat sini de la sikit2 tips yang rasanya leh dijadikan panduan kiter2 yang dah kawin atau yang nak kawin yer..

* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum

berpisah ke tempat kerja masing-masing.

* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan

luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di

bibir.

* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk

menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya

apa yang sedang dilakukan.

* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you

sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di

telefon dan sebelum tidur.

* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari

bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari

berkerja.

* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari

selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang

pasangan meluahkan perasaan.

* Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari

isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,

jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi

berhari-hari.

* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran

mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting

ada berada disisi.

* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah

berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan

penting untuk mengeratkan kasih sayang.

* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa

bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan

serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau

suami.

* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau

kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang

anda tahu pasangan pasti menyukainya.

* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah

sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa

bersama.

* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti

susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara

keluarga.

* Sesekali tukar gayapenampilan agar ada kelainan serta

untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan

berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri

yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda

mencapai matlamat tersebut.

* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan

sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk

melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

sampai sini saja kali ni..lain kali informasi lain plak yer..banyak ni nak kongsi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment

My Baby

Tickerplayground.com Tickerplayground.com Tickerplayground.com